Pengertian Hadith Sahih Menurut Ulama
Taraf
kesahihan hadith-hadith yang terdapat dalam kitab-kitab adalah berbeza. Malahan
para muhaddithin telah memperkenalkan hadith Sahih dan yang lebih sahih serta
Daif dan yang lebih daif. Mereka percaya bahawa hadith Sahih berbeza antara
satu sama lain berdasarkan kepada kekuatan sifat-sifat yang membolehkan hadith
itu dihukum sahih. Berhubung dengan perbezaan taraf ini, Imam al-Nawawi tidak
meluaskan perbincangan. Sebaliknya beliau hanya membahagikan hadith-hadith
sahih itu kepada tujuh bahagian, antaranya :-
- Taraf kesahihan yang paling tinggi ialah hadith-hadith yang diriwayatkan secara ittifaq (secocok) antara al-Bukhari dan Muslim.
- Diikuti oleh hadith yang hanya diriwayatkan oleh al-Bukhari.
- Hadith yang diriwayatkan oleh Muslim sahaja.
- Hadith yang memenuhi syarat yang dikenakan oleh al-Bukhari dan Muslim, walaupun hadith berkenaan tidak diriwayatkan oleh mereka.
- Hadith-hadith yang memenuhi syarat yang dikenakan oleh al-Bukhari sahaja.
- Hadith-hadith yang memenuhi syarat yang dikenakan oleh Muslim sahaja.
- Hadith-hadith yang dihukum sahih oleh imam lain (ulama).
Ibn Solah ;
Hadith sahih ialah hadith yang sanadnya bersambungan melalui periwayatan orang
yang adil lagi dhabit dari orang yang adil lagi dhabit pula, sampai hujungnya,
tidak syaz dan tidak mu’allal.
Ajjaj
al-Khatib ; “Hadith yang bersambungan sanadnya melalui periwayatan perawi
thiqah dari perawi lain yang thiqah pula dari awal sampai kepada hujungnya (Rasulullah
s.a.w) tanpa syuzuz tanpa illat”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan